Limau purut merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan Selatan Asia yang merangkumi Malaysia, Thailand, China, Indonesia serta Filipina. Bukan sahaja buahnya, daun limau purut juga turut digunakan dalam masakan sebagai pewangi kerana baunya yang menaikkan selera hidangan.
Selain digunakan dalam masakan, limau purut juga turut dipelbagaikan kegunaannya dan dikomersialkan secara meluas dalam penggunaan syampu, sabun, pewangi...